Kelas Belajar Asas Meroti bersama Mayang Lubok
18 Mac 2024 | Aktiviti TerkiniPada 17 Mac 2024, Ahad, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NaDi) Rantau Panjang telah menganjurkan Kelas Belajar Asas Meroti dengan kerjasama Usahawan NaDi Puan Mayang anak Lubok yang bermula dari pukul 10:00 pagi sehingga 2:00 petang di NaDi Rantau Panjang. Aktiviti tersebut telah disertai oleh 3 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah.
Antara pengisian aktiviti tersebut adalah Puan Mayang telah memulakan kelas dengan sedikit penerangan tentang kelas dan memperkenalkan bahan bahan untuk membuat roti. Para peserta telah ditunjuk demostrasi oleh tenaga pengajar dahalu dan Seterusnya membuat adunan sendiri roti tersebut dengan bimbingan Puan Mayang. Semua peserta juga telah diajar cara cara membakar roti tersebut. Kelas ini juga telah diakhiri dengan penyampaian sijil kepada peserta oleh Puan Mayang anak Lubok.
Diharapkan dengan aktiviti ini dapat memberi manfaat kepada komuniti setempat dalam meningkatkan sosio ekonomi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: